Sejarah Kesang Tasek
Panglima Laji
Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik,yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka).Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa,pisang,pinang dan lain-lain.
Setelah tiga tahun dia menetap di Gelugur(Kesang Tasek)beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan illahi.Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur.Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.
Cerita ini diperolehi daripada Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Johor dan cerita dari orang tua terdahulu.
Buku Keturunan Tok Kesang akan diterbitkan dalam masa terdekat..insyaallah
saya akan buat pengumuman..
Adalah sebuah kampung di tepi Sungai Kesang
kira-kira 7 batu mudik dari kuala Sungai tersebut.Menurut ceritanya,kampung
ini telah dibuka oleh seorang benama LAHIR@MO’EN BIN JANNUNG(Ibrahim)BIN KUTAK BIN
JEMULING BIN OPU PAJUNG DAENG TELANA BIN OPU LA MADDUSILA (Lamadu Sellah) (nama
islam beliau).
Beliau datang bersama-sama dua orang saudaranya iaitu abangnya bernama Tahir dan adiknya bernama Bahir dan ada yang mengatakan beliau datang bersama 5 orang adik beradik beliau yang lain iaitu Panglima Rosul,Tahir(Tok Senin),Tok Kepau dan Bahir.Dan juga ada yang mengatakan beliau asalnya seorang Panglima(Tok Kesang).Cerita beliau semasa muda tidak dapat di ketahui,Tok Kesang datang ke Tanah Melayu pun dengan umur hampir 100 tahun,Mereka berhijrah dari Daerah Kendal,Tanah Jawa pada akhir kurun yang ke - 18 Masehi.Perahu yang mereka naiki mulanya sampai ke Pulau Besar. Setelah berhenti beberapa ketika mereka pun naik ke Pantai Serkam.Tahir telah tinggal menetap di Serkam dan Merlimau.Khabarnya ia menjadi Pawang Besar di sana.
Lahir dan Bahir telah meninggalkan Serkam mengikuti Pantai Melaka dengan perahunya yang asal lalu mudik ke Sungai Kesang dimana akhirnya berjumpa dengan satu kawasan hutan di tepi sebelah kanan Sungai Kesang.Di sebelah kiri Sungai Kesang ada sebuah tasik kecil dan sebuah kampung bernama Tasik di dalam jajahan Negeri Melaka. Berhadapan dengan tasik tersebut Lahir telah mendirikan tempat kediaman / kampung yang diberi nama Kesang Tasik.
Lahir atau Tok Kesang menetap di Kesang Tasek dan menjadi ketua.Dalam masa yang singkat tempat,tersebut telah menjadi besar dan ramai penduduknya dimana hampir 200 kelamin telah berhijrah ke situ terutamanya datang dari Negeri Melaka. Kawasan hutan rimba tersebut telah bertukar menjadi kawasan bercucuk tanam terutamanya padi, pinang dan kelapa. Hasil-hasil dari kawasan ini semuanya dibawa ke Bandar Melaka untuk dijual.
Tok Kesang menjadi ketua di kampung Kesang Tasik ini tidak begitu lama.Beliau telah meninggal dunia dan dipusarakan di tanah perkuburan lama di tepi Sungai Kesang di suatu tempat bernama Tanjung Bangsal.Tok Kesang meninggalkan 3 orang anak.Yang tuanya lelaki bernama Laji dan yang ke duanya perempuan bernama Perak dan yang Ketiganya lelaki yang bernama Lajis.Laji telah dipilih oleh orang ramai menjadi ketua mengantikan ayahandanya.

Tok Laji adalah (Berketurunan Bugis)Anak kepada pembuka kawasan
Kesang bernama Lahir@Mo’en atau dikenali sebagai Tok Kesang,Beliau dilantik
menjadi PenGhulu,Pawang Diraja,Imam Besar dan wakil Sultan Di jajahan Kesang
Semasa Johor Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1790-an
dan Sultan Husain pada 1820-an seta orang kanan Temenggong Muar pada zaman
Engku Buruk,Dato’Kamil (Sonet atau Konik) dan Engku Said.
Beliau dididik dengan keagamaan,ilmu persilatan oleh bapanya sendiri iaitu Lahir@Mo'en.Pengaruh dan Kebijaksanaan Beliau bukan sahaja dapat mewujudkan zon perniagaaan diantara Muar,Melaka,Kelang dan Kuala Selangor yang menjadikan kawasan ini bertambah luas,aman dan makmur bahkan diberi kepercayaan sebagai orang tengah di dalam peristiwa isu pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor Pada Tahun 1835.
Pada tahun 1785 Beliau membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah,Sultan Selangor ke II bersama orang Pahang yang di kirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang dan merampas kembali Kota Kuala Selango dari Belanda,Isteri Laji bernama Raja Limah anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud (termasyhur dengan nama Raja Mahmud (kapak Cina),berkaum dengan Raja Ahmad yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang.Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat Negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.

Pada usia yang muda Beliau digelar Panglima kerana kepintaran,keistimewaan,keberanian dan kehandalannya dalam menghadapi suatu
cabaran.Dikatakan salah satu kehebatannya dapat mematikan dan menahan
pergerakan angin menyebabkan kapal-kapal dan perahu dagang penjajah tidak
bergerak dan memudahkan beliau menyerang serta merampas barang
dagangan.Kemudian hasil dari rampasan dibawa ke Pantai Layang dan Pulau Penarik
di Sungai Muar sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan.Beliau merupakan
Pejuang Melayu yang turut berperang menentang Belanda bagi membantu bapa
saudaranya Raja Haji sehingga dapat meletupkan kapal perang Malakka’s Welvaran
yang menyebabkan Ketua Pemerintahan tenteranya Arnolds Lemker terkorban dan
dapat meletupkan kapal Dolphin yang membawa mayat Raja Haji.
Pada tahun 1785 Beliau membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah,Sultan Selangor ke II bersama orang Pahang yang di kirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang dan merampas kembali Kota Kuala Selango dari Belanda,Isteri Laji bernama Raja Limah anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud (termasyhur dengan nama Raja Mahmud (kapak Cina),berkaum dengan Raja Ahmad yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang.Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat Negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.
Dengan kehandalan yang istimewa itu maka tidak hairanlah Laji dapat
beristerikan anak Raja Mahmud.Laji juga dipandang tinggi oleh Kerabat DiRaja Bugis.Daerah Kesang
(di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka
hingga ke Umbai
pada waktu itu masih lagi didalam
pemerintahan Sultan
Ali setelah baginda menyerahkan Negeri Johor
kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahin 1855 m. Baginda telah melantik
seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.
Penghulu-penghulu
ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan
masing-masing.Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan
kecurangan dan menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan
kucar-kacir.Ini amat menyedihkan.Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala
adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa.Baginda mempunyai 2 buah Istana
iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang.Pada setiap tahun waktu
menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua
penghulu-penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat
istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu
inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda.Laji bagaimana yang telah sedia maklum
memang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa. Dalam tahun yang pertama
beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini
beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiram tubuh Sultan Ali.Setiap penghulu dikehendaki
menyiram10 timba air ketubuh Sultan Ali.Tetapi bagi Penghulu Laji hanya
3 timba sahaja Sultan
Ali sudah tidak tahan mengigil kesejukan dan baginda meminta dihentikan
siraman tersebut.Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar,Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik. Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik,yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka).Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa,pisang,pinang dan lain-lain.
Setelah tiga tahun dia menetap di Gelugur(Kesang Tasek)beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan illahi.Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur.Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.
Cerita ini diperolehi daripada Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Johor dan cerita dari orang tua terdahulu.
Buku Keturunan Tok Kesang akan diterbitkan dalam masa terdekat..insyaallah
saya akan buat pengumuman..
33 comments:
Assalammualaikum wbkt,
Hamba sering mengikuti perkembangan blog ini, tahniah hamba ucapkan kerana dapat mengumpulkan sejarah dari sumber tempatan, namun ia perlu diperhalusi lagi ,supaya menjadi lebih mustaid didalam erti kata yang sebenar.
terima kasih..saya pun akan cari maklumat2 terbaru..
Majlis bacaan yasin dan tahlil arwah telah diadakan dikomplek makam Tok Laji, di Gelugor Kesang Tasik pada 28 Nob berjalan lancar. Walau pun pada awal pagi hujan renyai renyai, tetapi tidak menghalang kehadiran ahli ahli waris keturunan Tok Laji dari segenap mukim. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil dari keturunan Tok Kepau di Sungai Rambai dan wakil keturunan Tok Rusol di Telok Rimba, yang mana kesemuanya berkongsi moyang sama berdarah Bugis ia itu Opu Pajung (Daeng Telana). Selepas doa dibaca olih tuan Imam dari kariah Kesang Tasik, jamuan bermula, dengan hidangan nasi putih, pulut kuning (pulut semangat), berlaukan kari kambing kampung yang dimasak sendiri secara bergotong royong diperkarangan makam, dibawah seliaan Pak Rapi. Semasa pulang dibekalkan sebungkus pulut kuning sebagai oleh oleh, dan difahamkan juga ditahun hadapan bercadang akan diadakan majlis yang sama , tetapi lebih besar lagi, insyaallah.................
Saya disini kerana terbaca satu novel tulisan Khadijah Hashim, tajuk buku Alun Hidup.. ada nama tempat Sungai Kesang, saya tercari-cari dimana ia.. baru tahu di Negeri Johor dan mempunyai banyak sejarah yang tersendiri serta ada tokoh2 terbilang. info ini sangat bagus dan berguna. terima kasih.
Assalam. Sekadar ingin bertanya bagi pengesahan. Tok Laji inisama dgn Tok Laji yg anaknya ialah Penghulu Samsu dan bercucukan Penghulu Abdullah? Kalau benar, Alhamdulillah. Terima kasih kerana saya dapat susur galur arwah ayahanda saya yang berkait dengan susur galur bonda saya dari keturunan Raja Ahmad Suliwatang. Wasalam.
Zainuddin,kami dr keturunan tok laji..ayah sy n adik2 tau sejarah asal tok laji..
Saya dh lama cari maklumat tentang keturunan tok laji sebab arwah ayah saya Md Nor Bin Mohamed Bin Sagaf Bin Samsu Bin Laji. Adik beradik saya pernah pergi makan bila kami balik kesang tasik. Terima Kasih
Saya telah mengikuti blog sdr dan juga lain2 blog yg berkaitan dengan keturunan penghulu Laji. Berasal dari Serom 3 dan cucu kepada Imam Mohamad bin Sopok iaitu Imam Masjid Serom sekitar tahun 40'an atau 50'an. Setahu saya bapa atau ibu Imam Mohammad adalah adik kepada Penghulu Abdullah, berlainan ibu. Saya masih mencari2 hubungan ini. Baru2 ini saya ada menyediakan salasilah keluarga sercara atas talian menggunkan applikasi "Tribalpages" bertajuk "Penghulu Samsu" yang saya dapat daripada berbagai Sumber yang akan terus saya cuba kemaskinikan. Arwah bapa saya adalah anak kepada arwah Imam Mohamad. Ibu saya adalah satu2nya anak/menantu Imam Mohamad yang masih hidup dan kini berumur 90 tahun. Terima kasih... Jaffar Kassim, Bandar Baru Bangi.
Saya di lahirkan di kg gelugor. Bkt kangkar..
Atuk sy mmg berasal dr kg tu. .
Saya berharap kalau ada yang tahu susur galur tok rusol,tok kepau dapt beri tahu sy.
Ayah sy ckp keluarga sy ada kene mengena dato ghani Osman. Dato ghani Osman tu keturunan penghulu abdullah..
Bole email dkt izzamir4@gmail.com
Saya nk mencari maklumat mengenai anak2 samsu bin laji..
Awak tahu mengenai anak2 penghulu samsu ini?
Walau pun saya dibesarkan di Serom, tapi saya dilahirkan di Pt Pelampong, Bkt Kangkar iaitu kg ibu saya.
Sesiapa yang ingin mengikuti salsilah keluarga Penghulu Samsu yang pada saya sila berikan saya email untuk akses site.
to jaka49
en. jaafar kassim.. ini email saya izzamir4@gmail.com...
saya harap dengan maklumat yang en berikan nanti dapat membantu saya menjejaki salahsilah saya..
Says Yusof bin Hj. Abidin bin Penghulu Hj. Ramli bin Penghulu Hj. Endot bin Penghulu Hj. Abdullah bin Penghulu Hj. Samsu bin Penghulu Hj. Laji. bin Penghulu Hj. Mo'en atau Tok Kesang
Salam.. ada x hasil kajian. Saudara menemui nama pawang simpol?
cuba hubungi zarulnisham 0137698881(mamat)
Saya berminat nk tahu ttg panglima samsu..boleh emailkan pada saya maklumat ttg beliau dan salasilahnya...
nothing special about Kisang Tasik. This story is liar.. Laji's and his father, Mohen's , was runaway from Java Prisons as they are charged for robberies in that era , and was sentences to jailed for a whole life by the Dutch Governor in East Java , Indonesia.
Laji or his real names, Lajiswaran s/o Mohendrananth or he localised known them as Laji and his fathed Mohen @ Lahir is originated from one small district in Lahore Karachi Pakistans before they are migrated as ilegal in Indonesia, then runaway to India's Land or known as Malasia.
Assalamualaikum pada semua waris2 tok laji..riwayat, kehebatan dan kesetiaan panglima tok laji kpd tuanku sultan akan kami kenang dan junjung senantiasa..Al-Fatihah..
Kisah kesang banyak keistimewaan..cuma perlu diperhalusi..kisah tok laji panglima terbilang..cuma bukan berpihak pada tuanku sedia ada..oleh demikian tidak di war2 seperti panglima yang lainnya..kisah bukan calang2 hebatnya..gelaran pawang di raja ketika johor dalam istiadat melayu lama..Allahualam..
Raja ahmad suliwatang orang yang taat setia pada tuanku sultan..orang hebat dalam ilmu batin dan juga persilatan..panglima hitam diberi gelaran..Al-Fatihah..
Saya menelusuri blog ini selepas ada ahli keluarga menelusuri silsilah keluarga. Saya generasi Tok Kesang yang baru saja tahu silsilah ini dan akhirnya menemui asal susur galur dari Opu Pajung Daeng Telana (adik beradik Daeng Chelak). Di mana boleh saya dapatkan lagi maklumat mengenai silsilah Daeng Telana? Terima kasih
salam, sy cuma ingin bertanya, adakah kg kesang pajak ada kaitan juga dgn sejarah yg diceritakan disini?
Alhamdulillah,Baru pergi td......sampai
Assalammualaikum..saya memohon maaf disebabkan saya sudah lama tidak membuka blog..jika ade sebarang pertanyaan bolehlah tuan2 tuliskan komen dibawah..insyaallah saya akn membuka dan membaca komen tuan2
Assalamualaikum...ada cerita lebih lanjut .. tentang asal keturunan saliwatang Raja Ahmad
Waalaikumsalam..maaf saudara2 semua..baru harini lah nak bukak blogger..password pun dh lupe..nasib..korek2 jumpe..,😁saudara bertanye ke..atau nak bercerita?
Btnya.. huhu
Assalamualaikum wbt. Saya adalah menantu kepada Hj Ahmad bin Hj Hashim BIn Hj Abdullah Bin Hj Syamsu Bin Hj Laji.
Beliau masih hidup dan berusia 93 tahun. Beliau boleh di ziarahi di Felda Sri Jaya Bukit Serampang. Sehat dan masih boleh mengingati keturunannya.
Assalam...saya anak pd hjh dara bt hitam bin suman dan seterusnya ke laji...saya brhasrat nak jumpa utk supaya lebih terang sejarah keluarga...harap bapa mertua tuan tak kisah sekiranya saya datang bertandang
saya boleh di hubungi 012 3747290 Mohd azmi
Ada sesiapa tahu kerajaan bukit mor muar...sy keturunan daeng ahmad abd rahman gelaran wak minah ada kena mengena x dgn kesang atau kerajaan sultan ali
Assalamualaikum.. boleh dapatkan Facebook? Sebab jurai kita dekat sgt
Saya mempunyai catatan yang menerangkan susur galur melibatkan orang-orang seperti, Samsu, dan Laji. Cuma kurang pasti akan ketepatannya.
Halil
Post a Comment