09 April 2011

Amanah Allah yang Berharga





وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ



Maksudnya:;Dan Allah SWT mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(surah al nahal ayat 78)


Bahawa anak anak yang dikurniakan allah SWT kepada kita manusia adalah amanah yang paling agung,sebagai amanah itu ibu bapa bukan sahaja wajib memberi makan,minum dan pakai patut kepada anak anak yang disayangi,malah ibu bapa juga mesti memberi didikan agama dan akademi untuk melahirkan keluarga bahagia kelak.


ini tidak dapat dinafikan lagi,sesungguhnya keluarga bahagia itu bukan terletak kepada gambaran rumah atau mahligai yang besar ataupun kekayaan yang melimpah ruah.akan tetapi bergantung kepada keluarga yang mempunyai sifat hormat menghormati,bertanggung jawab,sopan santun serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa


Menurut pakar pakar ahli jiwa,ibu bapa,sanak saudara dan seisi rumah amat besar pengaruhnya kepada pertumbuhan dan perkembangan akal anak anak kerana lingkugan keluarga itu satu lingkungan yang sewajarnya untuk melaksanakan pendidikan,latihan dan peribadi mereka


anak anak mempunyai zaman kanak kanak yang lebih panjang kalau dibandingkan dengan zaman kanak kanak pada binatang dalam asuhan induknya


pertumbuhan jasmani kanak kanak dipengaruhi oleh keadaan sekitar keluarga dan rumahtangga,misalnya kemiskinan,kekayaan,cukup atau kurangnya faktor faktor kesihatan rumahtangga atau lain lainnya


statistik telah menunjukan bahawa kanak kanak yang menderita penyakit pada tahun tahun pertama dari umurnya lebih banyak terdapat pada keluarga keluarga yang miskin dan kurang sihat daripada keluarga yang mampu dan terpelajar


kanak kanak mempelajari dari keluarga,baik yang didengar atau dilihat.sebab itu dia selalu bertanya itu bertanya ini kepada kedua ibu bapanya,ibu bapa yang bijak tentu dapat memuaskan dahaga anak anaknya dengan memberikan jawapan yang selaras dengan taraf kecergasan otak mereka,kita dapat mengukur kecergasan sesebuah rumah tangga dengan memperhatikan bahasa,gaya bercakap,pengetahuan dan tingkah laku kanak kanak itu

disamping itu kita perhatikan kebiasaan diwaktu makan minum,berpakaian,bergaul,berjalan dan lain lainnya,kelihatan bahawa faktor yang pertama dalam membentukkebiasaan ini ialah keluarga,ini disebabkan kanak kanak itu mudah mencontohi apa yang dibuat oleh seisi keluarganya


kanak kanak itu sendiri belajar tentang benci dan cinta daripada keluarga,begitu juga daripada perhubungan anggota keluarga diantara satu sama lain dengan yang lain.iaitu perhubungan yang berdasarkan kepada hormat menghormati,kasih mesra,bosan dan benci


ibu bapa mesti mengambarkan teladan yang baik setiap masa kepada anak anak.jangan selalu menunjukan muka yang bengis dan memarahi dengan tak tentu pasal di hadapan anak anak,walaupun sengketa rumahtangga berlaku pada masa itu


ibu bapa juga hendaklah berlaku sopan dan tertib,baik semasa makan,berjalan,gaya bercakap dan lain lainnya,jika hal ini selalu di contohi oleh setiap ibu bapa..saya percaya anak anak juga turut berbuat demikian.


sebaliknya jika kedua dua ibu bapa tidak memberikan contoh kepada anak anaknya dengan tingkah laku dan amalan yang baik sudah tentu anak anak tidak dapat berbuat sebagaimana yang diharapkan,contohnya siayah menyuruh anak anaknya supaya sembahyang,sedangkan siayah tidak pernah pun melakukan sembahyang,ataupun ayahnya mencegah anaknya supaya jangan menghisap rokok,sedangkan ayahnya terus merokok


menurut ilmu masyarakat pula ada menjelaskan,keluargalah lingkungan yang lebih baik untuk mendidik anak anak dan membentuknya,istimewa pada tahun pertama dari usianya


satu hal yang patut disedari besama dikalangan ibu bapa ialah bila memberi pelajaran dan didikan kepada anak anak hendaklah mengetahui sebanyak sedikit unsur unsur ilmu jiwa kalau pun secara keseluruhan,memadailah dengar sekadar yang termampu untuk mengasuh anak anak mereka


dari kejahilan ibu bapa untuk mendidik inilah mengakibatkan sesuatu yang tidak baik untuk anak anak,misalnya ibu bapa bersikap kasar,memukul sehingga boleh mencederakan kanak kanak yang tidak berdosa yang akhirnya kanak kanak ini menjadi mangsa


selain daripada itu ibu memainkan peranan yang amat penting untuk kebahagian anak anak,kerana anak anak sangat memerlukan pemeliharaan langsung daripada ibunya,dan tidak semua ibu dapat memberikan pemeliharaan yang sepenuh penuhnya disebabkan ibu bertugas diluar rumah atau pun ibu menderita sakit terlantar dihospital dan sebagainya


satu faktor lagi yang lebih penting ialah suasana rumahtangga yang tidak tenang,misalnya sibapa kurang menghargai ibu,kurang setia atau sering bergaduh diantara suami isteri,gejala gejala yang serupa ini akan lebih buruk lagi kepada anak jika kekusutan fikiran anak anak tidak dapat diatasi


sesuatu masalah yang dihadapi oleh anak anak tidak ada tempat mengadu,macam mana masalah anak anak itu boleh selesai sedangkan ibu bapa bergaduh sesama sendiri


sesungguhnya sesuatu keluarga harmoni dan bahagia itu adalah berpunca dari keterangan seisi keluarga serta faham akan rasa tanggungjawab dan bertimbang rasa diantara satu sama lain,sama ada rumahtangga itu besar atau kecil


ketelitian sikap hidup,sama ada cara makan,cara bercakap,tata tertib untuk dicontohi anak anak adalah pasti dilakukan dengan akhlak akhlak yang paling baik oleh kedua ibu bapa.jika tidak anak anak akan turut terasing dan menyebabkan mereka hilang pedoman dan mungkin lebih galak menjadi liar.

walau apapun yang diperkatakan orang tentang rosaknya  moral anak anak atau sejahat mana sekali pun adalah berpangkal kelalaian  ibu bapa untuk mendidik anak anak mereka ke jalan sebenar benarnya.dan tidak dinafikan juga ada pengaruh pengaruh luar yang boleh menjejaskan kesucian hati anak anak itu sendiri

Keberkatan dalam Berilmu

6 Keberkatan dalam Berilmu


 * wajib menuntut ilmu agar ilmu itu menjadi kunci kebahagian dunia akhirat

 * wajib memahami ilmu agar anda tidak sesat dalam berilmu

 * wajib menghayati agar anda tidak was was setelah anda berilmu

 * wajib mengamalkan ilmu agar ilmu anda menjadi berkat seperti pokok yang sentiasa berbuah

 * wajib menyebarkan ilmu agar anda dan ilmu anda bertambah,itulah sedekah yang paling utama

 * wajib menggunakan ilmu untuk membangunkan masyarakat agar anda sentiasa diredhai allah    dan disayangi semua makhluk

 7 Petua penting untuk menghafal

 * Menghafal hendaklah dilakukan sejak kecil
 * Hendaklah dijalankan dengan latihan,ertinya dilatih membaca dan mengingati berulang ulang
 * Perkara dihafal perlu dibuat dengan penuh minat
 * Bahan hafalan hendaklah tersusun
 * Susunan yang di hafal hendaklah difahami
 * Masa menghafal hendaklah keadaan yang tenang
 * Hendaklah selalu mengulangi sesudah hafal,dan bertambah dengan doa doa penerang    
hati,sebagaimana akan diterangkan nanti

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)


9 Pembukaan pintu Hijab menambah ilmu

Menurut kajian islam iman al-ghazali,sesungguhnya hati seseorang itu akan tertutup pintu hijabnya daripada memperolehi ilmu melainkan dapat mengamalkan dengan 9 syarat seperti dibawah

MENDAHULUKAN MUJAHADAH:berjuang melawan kehendak nafsu yang  menyeleweng dari jalan menuju kejalan allah

MENGHAPUSKAN SEMUA SIFAT SIFAT TERCELA:dan menjauhi segala rupa bentuk maksiat 
   
MEMUTUSKAN SEGALA HUBUNGAN:yang melalaikan dari mengingati allah    

 MENGHADAPKAN HATI DENGAN PENUH PERHATIAN KEPADA ALLAH:serta berbakti kepadanya,menghadapkan perhatian kepada allah atau orang yang setiasa berzikir kepada allah merupakan jalan untuk tersingkapnya segala kasyaf

DENGAN ZUHUD ATAU MENINGGALKAN KEDUNIAAN:yang melampaui batas atau  perkara yang melalaikan

MENJAUHI DIRI DARI SYAITAN:bila hati sudah dikelilingi oleh syaitan maka hijabnya menjadi tertutup

SELALU MEMBACA KITAB SUCI AL QURAN: kerana bagi orang yang suka membaca  alquran akan terbuka sinar hatinya dan   akan tercapai ilmu sejati(ilmu allah)

 IKHLAS KERANA ALLAH:gerak dalam diam adalah ikhlas kepada allah,dengan keikhlasan itu hati akan bersih,suci dan akan dipenuhi dengan nur allah

 HENDAKLAH MENGAMALKAN ILMU YANG TELAH DIPELAJARI:sesiapa yang mengamalkan ilmu maka allah akan memberi ilmu yang ia belum ketahui dan allah akan menolong dalam amalnya,balasannya ialah syurga

Ciri Ciri Suami Mithali


suami mithali ialah suami yang bertanggungjawab terhadap apa yang dikehendaki oleh allah SWT dari semua aspek tuntutan kehidupan termasuk pendidikan,pengawasan dan kepimpinan dalam keluarga.

untuk menguatkan lagi bukti ini,allah SWT telah menjelaskan sendiri didalam al qurqn surah at tahrim ayat 6



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ    


Dalam ayat ini firman Allah ditujukan kepada orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yaitu memerintahkan supaya mereka, menjaga dirinya dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu, dengan taat dan patuh melaksanakan perintah Allah, dan mengajarkan kepada keluarganya supaya taat dan patuh kepada perintah Allah untuk menyelamatkan mereka dari api neraka.
Di antara cara menyelamatkan diri dari api neraka itu ialah mendirikan salat dan bersabar, sebagaimana firman Allah SWT.


Diantara ciri ciri suami mithali bolehlah diperturunkan seperti berikut
* Suami mithali ialah suami yang mempunyai ilmu,berakal dan beramal soleh
* Suami mithali ialah suami yang bertolak ansur dan berlemah lembut dengan isteri dan anak anak
* Suami mithali ialah suami mempunyai akhlak yang tinggi dan peribadi yang baik
* Suami mithali ialah suami yang mencari nafkah dari sumber yang halal
*Suami mithali ialah suami yang sentiasa berlapang dada dan panjang pertimbangan
* Suami mithali ialah suami yang mengawasi keselamatan  dan keselesaan isteri dan keluarga
* Suami mithali ialah suami yang mempunyai peribadi yang boleh dibuat teladan seperti bercakap benar,baik akhlaknya terhadap isteri,keluarga dan lain lainnya
* Suami mithali ialah suami pemaaf dan mudah meminta maaf
* Suami mithali ialah suami yang bersangka baik dengan isteri
* Suami mithali ialah suami yang mempunyai istiqamah dalam melayan isteri
* Suami mithali ialah suami yang pandai membahagikan masa dan mengatur program kerja terhadap isteri dan anak anak
* Suami mithali ialah suami yang disegani dan dihormati bukan ditakuti
* Suami mithali ialah suami yang pandai bergurau dan pandai mengambil hati isteri dan anak anak
* Suami mithali ialah suami yang dapat mencontohi segala peribadi akhlak yang ditunjukan oleh junjungan besar nabi kita muhammad SAW.

25 pesanan Luqman Al Hakim untuk mendapatkan anak yang soleh

 Semua orang bercita cita agar anak anak yang dididik akan menjadi anak yang soleh,baik,cerdik dan beradab.lantaran itu untuk menghasilkan hasrat ini,maka ada eloknya kita renungkan 25 pesanan yang telah ditinggalkan oleh seorang tokoh terkenal iaitu luqman Al Hakim didalam tafsir Rahul Ma'ani dan kitab Hidayatul Mursyidin yang telah berpesan pada anaknya seperti dibawah:-


* WAHAI ANAK KU:ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang banyak,banyak manusia yang karam didalamnya,bila engkau ingin selamat agar jangan karam,maka layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA,isinya ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKAL kepada allah

* WAHAI ANAK KU:Sesungguhnya orang orang  yang setiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan dapat penjagaan dari allah.orang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah SWT.

 *WAHAI ANAK KU:orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri didalam beribadat dan taat kepada allah maka dia selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadanya

*WAHAI ANAK KU:seandainya orang tua mu marah kepada mu(kerana kesalahan mu)maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman

*WAHAI ANAK KU:jauhilah dirimu daripada berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam

*WAHAI ANAK KU:selalulah berharap kepada allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai allah,takutlah  kepada allah dengan sebenar benar takut,tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat allah

*WAHAI ANAK KU:seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang,dan seorang telah rosak akhlaknya akan sentiasa mengingatkan hal yang tidak benar,ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi faham kepada orang yang tidak mahu mengerti

*WAHAI ANAK KU:engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dari besi berat,tetapi ada yang lebih berat lagi daripada itu semua,iaitu bila mana engkau mempunyai tetangga yang jahat

*WAHAI ANAK KU:janganlah sesekali engkau mengirimkan seorang yang bodoh menjadi utusan,maka apabila tidak ada seorang yang cerdas dan bijak,sebaik baiknya dimu sendiri yang layak menjadi utusan

*WAHAI ANAK KU:jauhilah sifat dusta,sebab berdusta itu mudah sekali melaksanakan,bagaikan memakan daging burung,pada hal sedikit sahaja berdusta akan mendatangkan akibat yang buruk.

*WAHAI ANAK KU:bila engkau menghadapi dua alternatif,menziarahi orang mati atau menghadiri satu majlis perkahwinan,maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati,sebab menziarahi orang mati akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanya mengingatkan diri kamu  kepada kesenangan dunia

*WAHAI ANAK KU:Janganlah engkau makan sampi kenyang yang berlebihan,kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu lebih baik makanan itu diberikan kepada binatang yang sangat lapar yang memerlukan makanan

*WAHAI ANAK KU:janganlah engkau menelan terus apa sahaja makanan yang engkau makan,atau pun terus memuntahkan makanan yang pahit,kerana manis itu belum tentu boleh menyenangkan kita,dan yang pahit itu boleh menyusahkan kita

*WAHAI ANAK KU:makanlah bersama sama dengan orang orang takwa dan bermesyuaratlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara memohon nasihat kepadanya

*WAHAI ANAK KU:bukanlah satu kebaikan namanya bil mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya,hal itu tidak ubah seperti seorang mencari kayu bakar,setelah terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya pada hal ia selalu menambahknnya

*WAHAI ANAK KU:bila mana engkau ingin menemukan kawan sejati,maka ujilah terlebih dulu dengan pura pura menyebabkan dia marah,bila mana dia dalam keadaan kemarahannya itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu,maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan,bila tidak demikian maka berhati hatilah engkau terhadapnya

*WAHAI ANAK KU:selalulah engkau mengeluarkan kata kata yang baik,wajah yang manis kepada sesiapa saja yang engkau temui kerana engkau akan disukai semua orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang sangat berharga

*WAHAI ANAK KU:bila engkau berteman,tempatkan dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya,namun demikian biarlah dia yang mengharap sesuatu dari mu.

*WAHAI ANAK KU:jadikanlah diri mu dalam segala kelakuanmu itu sebagai seorang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain,kerana motivasi riya'itu menimbulkan cela

*WAHAI ANAK KU:usahakanlah agar mulut mu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri,usahakanlah agar bicara mu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain

*WAHAI ANAK KU:janganlah engkau condong kepada urusan dunia semata mata,kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia sahaja,sesungguhnya tidak ade makhlik yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia

*WAHAI ANAK KU:jangan lah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang mengelikan,engkau berjalan tanpa tujuan tertentu kerana tertawa yang lebih itu akan menutupkan pintu hati

*WAHAI ANAK KU:barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi,siapa pendiam akan selamat dari pada berkata yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari kata kata kotor tentulah akan menyesal kemudiannya

*WAHAI ANAK KU:bergaullah dengan orang orang alim dan berilmu,perhatikanlah setiap kata nasihatnya,kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah subur tersiram air hujan

*WAHAI ANAK KU:ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan belanjakanlah selebih untuk bekal akhirat mu,oleh itu janganlah engkau membuang langsung habuan dunia ini,kelak engkau akan menjadi pengemis yang boleh membebankan orang lain..

                               SIRI CONTOH PERIBADI LUQMAN AL HAKIM


Menurut Ibnu Abbas R.A menjelaskan bahawa Luqman Al Hakim ialah seorang hamba sahaya dari keturunan bangsa Habashah.ia dianggap sebagai ahli hikmat yang mempunyai nilai budi yang tinggi serta berkebolehan sangat pakar sebagai tukang kayu

kata Ibnu Ishak:Luqman itu anak Baura' anak Nahur,anak Tarah iaitu Aazar ayahanda Nabi Allah Ibrahim A.S atau bapa saudaranya,setengah riwayat pula menjelaskan:Luqman Al Hakim itu hidup di dalam seribu tahun,Nabi Allah Daud A.S pernah berguru dengannya
Rasullullah SAW pernah bersabda:maksudnya;jadikan oleh mu orang yang berkulit hitam sebagai teman dan sahabat oleh sebab ada tiga orang daripadannya dianggap menjadi penghulu ahli syurga.iaitu Luqman Al Hakim,
Al Najjashi dan bilal mua'zin(tukang azan Rasullullah SAW)

diriwayatkan oleh Umar Bis Qais R.A telah berkata:seorang lelaki telah datang menemui luqman al hakim dan bertanyakan sesuatu kepada lukman,apakah yang menyebabkan engkau dikatogerikan                                                    
sebagai ahli hikmat dan ahli ilmu?jawab luman al hakim: ada 4 perkara yang memungkinkan manusia itu boleh mencapai satu tingkat ahli hikmat:iaitu pertama,bertakwa kepada Allah SWT,kedua berkata benar,ketiga menunaikan segala amanah,keempat:meninggalkan segala perkara yang tidak menguntungkan sama sekali

                                                PERIBADI LUQMAN AL HAKIM

Luqman Al Hakim merupakan seorang yang berilmu,banyak di beri hikmat,dan mempunyai peribadi yang amat tinggi,beliau jug adalah seorang yang sering bertafa'kur pendiam dan tidak banyak cakap tutur katanya elok dan tegas,pemaaf dan penyabar.tidak suka menyalahkan orang lain,elok sangka.
ia kasihkan akan allah sehingga allah pun kasih padanya

sehubungan dengan ini juga pandangannya luas,keputusan yang dibuat tegas dan menyenangkan hati orang lain,tajam pemikirannya,cermat dalam satu satu tugas yang dibuat,tidak pernah tidur siang hari,tidak pernah melihat buang air kecil atau berludah dan berkahak,Allah SWT telah memberi dugaan kepadannya dengan kematian beberapa orang anaknya,tetapi dia tidak berdukacita malah diterima dugaan itu dengan penuh ketenangan dan sabar.

kesimpulan Luqman Al Hakim telah diberi hikmat dan akal,faham atau berilmu serta beliau sentiasa beramal dengan ilmunya,tegasnya ilmu sentiasa bertambah.

dalam sebuah cerita yang diriwayatkan oleh Khalid Al Ribai R.A menceritakan:Luqman Al Hakim adalah seorang hamba Habashah berkepakaran sebagai tukang kayu,pada satu hari tuannya memberikan seekor kambing sambil berkata:'wahai Luqman,sembelihlah kambing ini dan berikanlah aku dua kerat daging yang paling baik sekali,setelah selesai kambing itu di sembelih maka diberikan Luqman Al Hakim kepada tuannya dua kerat daging yang paling baik iaitu LIDAH dan HATI

kemudian selepas itu diberikan pula seekor kambing yang lain sambil berkata'sembelihlah kambing ini dan berikanlah aku dua kerat daging yang paling busuk sekali'sebaik  selesai kambing itudisembelih maka Luqman Al Hakim memberikan lagi dua kerat daging yang paling busuk iaitu LIDAH dan HATI juga

lantas itu tuannya berasa hairan dan bertanya lagi:wahai Luqman,aku suruh engkau memberi dua kerat daging yang paling baik,maka engkau berikan aku LIDAH dan HATI,kemudian apabila aku suruh engkau membawa daging yang paling busuk,engkau berikan aku juga LIDAH dan HATI kenapa begitu?lantas Luqman menjawab:wahai tuan,sebenar dan sesungguhnya tidak ada daging yang lebih baik daripada daging LIDAH dan HATI, apabila baik keduanya,dan tidak ada daging yang lebih busuk daripada daging LIDAH dan HATI apabila busuk keduanya..

dalam hal ini juga Luqman Al Hakim pernah berpesan beberapa wasiat untuk dijadikan perbandingan kita bersama,moga moga ada manfaat dalam kita menghadapi dunia yang mencabar ini,antara pesanannya ialah

* Wahai anakku tidak ada akal bagi orang yang tidak ada peliharaannya

* Tidak ada malu yang tidak ada benarnya

* Tidak ada amanah bagi orang yang tidak ada rahsianya

* Tidak ada ilmu bagi orang yang tidak ada kegemarannya

* Tidak ada harta yang tidak ada belas kasihannya

* Tidak ada kehinaan yang lebih hina dari tamak

* Tidak ada keaifan yang lebih buruk dari kikir 

* Tidak ada duka cita yang lebih mendukacita bagi tuannya daripada dengki 

* Tidak ada cubaan yang lebih sombong dari tuannya dari sombong

* Tidak ada ibadat yang lebih afdal daripada diam

* Tidak ada kejahatan yang lebih dasyat yang lebih jahat dari dusta 

* Tidak ada sesuatu yang lebih manfaat daripada sedekah

* Tidak ada bangkai yang lebih busuk daripada yang haram

* Tidak ada kemuliaan yang lebih Tinggi daripada Takwa

* Tidak ada kawan yang lebih elok daripada akal

* Tidak ada simpanan yang lebih bermanfaat daripada ilmu

* Tidak ada yang lebih beruntung daripada hikmat

* Tidak ada kadar yang lebih tinggi daripada adab

* Tidak ada barang yang ghaib lebih hampir daripada maut.

Begitulah sedikit contoh perbandingan yang telah di tunjukkan oleh Luqman Al Hakim sebagai satu kiasan dan siri teladan yang mendalam walaupun pendek tetapi padat dan jelas,walaupun kiasan tetapi berkesan dan bermakna...

Masa dan Tugas

Tahukah anda setiap hari anda hanya ada 86400 saat atau 1440 minit atau 24jam dan setiap minggu anda hanya ada 168 jam,tidak lebih dari itu

Atas sebab sebab inilah penggunaan dan pembahagian masa adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia sejagat,sehubung dengan itu juga disenaraikan beberapa panduan terbaik bagaimana cara menggunakan masa sehari hari


1) Merancang jadual untuk esok hari
2) Bangun 30minit lebih awal dari biasa
3) Mendahulukan tugas dan kerja kerja yang sukar
4) Jangan habiskan masa anda berbual kosong atau mengumpat
5) Anggaplah masa itu sebagai pedang yang paling tajam,jika tidak menggunakan pedang itu kelak pedang itu akan memenggal kepala kamu
6) Siapkan tugas yang sedang dilakukan sebelum memulakan tugas yang baru
7) Berfikir dulu sebelum bertindak
8) Jangan suka bertangguh tangguh dalam tugas
9) Buatlah kerja dan amal yang terbaik dari yang baik
10) Masa dalam menjalankan tugas hendaklah redha dan ikhlas,walaupun tugas ini berat

Sikap manusia dengan Tugas


kalau diperincikan tentang sikap manusia dengan masa  berbagai tanggapan boleh dibuat,cara dan kaedah penggunaannya adalah berlainan

berbagai bentuk dan sikap manusia dalam penggunaannya adalah berbentuk

* Membuat kerja tanpa perancangan

* Membuat kerja hanya mengikut arahan

* Membuat kerja dengan tidak teliti dan cermat

* Suka menangguh kerja

* Membuat kerja dengan tergesa gesa

* Suka mengelakkan diri dari tugas

* Suka melambat lambatkan kerja

* Bekerja tanpa memikirkan mutu kerja

* Bekerja tanpa memikirkan keutamaan kerja

* Bekerja ala kadar

* Cepat jemu bila bekerja

Sikap tidak mementingkan masa ini perlu di ubah dari sekarang,kalau dulu kita bertugas untuk pergi kepejabat lambat,tetapi sekarang kita sampai hendaklah lebih awal 10-15 minit sebelum kad perakam waktu dibuat

Kalau dulu kita menetapkan waktu mesyuarat jam 9.00 pagi kita hadir mesyuarat mestilah tepat jam 9.00 pagi,bukan 9.30 atau 10.00 pagi baru memulakan mesyuarat

Kalau dulu kita hadir disatu satu undangan majlis lewat sampi satu jam atau lebih,tetapi sekarang kita mesti ubah untuk hadir tepat pada waktunya

Kalau dulu kita hanya membaca hanya menggunakan masa yang paling singkat,tetapi kini kita mesti mengubah sikap untuk membaca seberapa banyak buku yang termampu untuk kita baca..

Kesimpulan

Pendek kata sikap yang tidak baik tentang penggunaan masa ini perlu dikikis sama sekali,amat malang dan rugi bagi mereka yang mensia siakan waktu yang telah diamanahkan oleh allah SWT..

Kebiasaan bertangguh dan mengabaikan masa dan waktu ini bukan sahaja merugikan pada diri kita sendiri,malahan pada bangsa,masyarakat,agama dan negara juga turut rugi

Akhirnya kita nilaikan diri kita sejauh mana ketepatan masa yang telah kita gunakan,sama ada kita melaksanakan atau pun belum,terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menilaikannya.ini bersesuaian sekali berdasarkan kepada hadis rasullullah SWT yang maksudnya

    "nilaikan dirimu dengan waktu yang diperuntukkan kepada mu atas amal bakti yang telah dilakukan sebelum kamu dinilaikan oleh allah SWT"

Pelbagai siri contoh teladan Rasullullah SAW


sesungguhnya rasullullah itu menjadi contoh teladan yang paling baik bagi kamu,dan bagi orang yang mengharapkan menemui tuhan dan hari kemudian dan mengingat tuhan sebanyak-banyaknya

                                                                                                         (al quran surah al-ahzab 21)

peribadi rasullullah adalah merupakan satu contoh yang sangat agung
untuk kita contohi,buktinya jelas skali atas 3 faktor:-

1) Beliau merupakan orang paling arif tentang agama yang dibawanya(iaitu islam)
dan paling sempurna dalam hal mengamalkan segala ajaran agamanya.
2)Segala akhlak dan peri laku peribadi rasullullah merupakan akhlak al quran yang paling mulia sesuai di segenap masa dan keadaan untuk sesiapa yang mengamalkan.
3)Segala contoh akhlak rasullullah adalah berdasarkan prinsif prinsif keilmuan
fikiran,akal yang sihat,cita rasa yang halus,ikhlas dan beradap,sehinggakan
orang orang yang bukan islam pun tertarik apa apa yang dibuat oleh rasullullah
oleh itu saya rasa ada eloknya kita perturunkan beberapa contoh dan akhlak akhlak
rasullullah sepanjang hayatnya,moga moga segala tindak tanduk dan amalan kita
sentiasa disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan diredhai oleh allah SWT

SIFAT SIFAT JASMANI RASULLULLAH

1) Sifat sifat jasmani rasullullah sama juga pentingnya dengan sifat sifat rohaninya
2)Berdasarkan riwayat riwayatnya yang sah,dapatlah difahami,bahawa rasullullah itu
3)Kulitnya putih kemerahan merahan,tidak putih sangat dan juga tidak merah sangat
4)Wajahnya sebaik baik wajah manusia,bercahaya bagaikan bulan purnama
5) Hidungnya mancung dan badannya sedikit bungkuk yang menarik penglihatan
yang memandang
6) Dahinya luas,pipinya sedang dan halus
7) Matanya hitam,putih matanya bercampur merah
8) Giginya putih bersih dan dadanya bidang
9) Perutnya rata,jari jarinya halus kemas
10) Tangannya lebih dingin daripada salji,lebih harum dari kasturi
11) Rambutnya mengombak,tidak begitu kerinting dan tidak begitu lurus
12) Tubuhnya kuat tidak ada tolok bandingnya,pernah rasullullah sendiri
tiga kali berturut turut melawan seorang sahabat bernama rukanah dan telah
berhasil mengalahkan,walhal,rukanah adalah seorang ahli gusti yang terhandal
pada ketika itu
untuk menambahkan lagi ikutan dan contoh contoh yang telah diamalkan oleh rasullullah adalah seperti berikut:

USAHA DAN TUGAS

  -Rasullullah mencuci pakaiannya sendiri,dan menampal atau menjahit pakaian yang koyak
  -Rasullullah membersihkan sendiri tempat tidurnya
  -Suka membantu dan menolong urusan yang berkaitan dengan rumah tangga
  -Membawa sendiri barang barang yang dibeli dari pasar
  -Suka membantu sahabat dan rakan rakan dalam berbagai bagai keperluan
  -Apa juga arahan yang dibuat kepada orang bawahannya,beliau lebih dahulu
    mengerjakannya

 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

  -Rasullullah membiasakan bersugi,berkumur dan membersihkan lubang hidung
  -Rasullullah membiasakan berkerat kuku dan bercukur rambut kepala
  -Rasullullah sering mengambil wudhu lima kali sehari
  -Rasullullah mandi hadas besar/mandi biasa
  -Rasullullah suka memakai bauan yang harum dan suka berpakaian putih
  -Rasullullah senang menyikat rambut dan sentiasa mendandan rambut dan sentiasa
    mendandan janggutnya dengan kemas
  -Rasullullah membiasakan berserban ketika bersolat
  -Rasullullah membiasakan mencuci tangan sebelum mengambil makanan

HARGA DIRI DAN PERIBADI

 -Rasullullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita wanita lain
 -Rasullullah tidak pernah memukul orang lain,kecuali ketika dalam perang
 -Rasullullah tidak pernah mencaci dan menghina orang lain
 -Rasullullah tidak pernah mungkir janji,bohong dan mengumpat
 -Rasullullah tidak pernah berlaku sombong,bongkak,takkabur kepada sesiapa pun
 -Rasullullah sentiasa berjimat cermat dan tidak gopoh dalam satu satu tugas dan kerja yang
akan dibuat
 -Rasullullah mengelakkan diri dari bercakap yang sia sia
 -Rasullullah yang tidak pernah memutuskan perhubungan silatulrahim terhadap sesama muslim


PENYABAR DAN PEMAAF

-Rasullullah tidak makan sebelum lapar dan kalau beliau makan tidak sampai kenyang
ukuran makan minumnya ialah sepertiga perutnya untuk makan sepertiga lagi untuk minum
dan sepertiga lagi untuk bernafas,ia mencela bagi orang yang banyak makan,sebab"pokok segala penyakit berpunca dari banyak makan
-Rasullullah memaafkan segala orang yang membuat salah kepadanya,dan di balas dengan kebaikan,ia memaafkan orang yang berlaku aniaya kepadanya,sering menghubungkan orang yang memutuskan perhubungan dengannya
 -Rasullullah pernah didatangi oleh seorang musuh bernama dat'sur menghunus pedang ketengkuk rasullullah untuk membunuh,pedang itu jatuh,lalu rasullullah mengambil pedang itu di serahkan kembali kepada dat'sur,kemudian rasullullah menyuruh musuh tersebut pulang

TAWADHU'

 -Rasullullah suka bergaul dengan orang orang miskin
 -Rasullullah sering berkunjung ketempat kediaman sahabatnya
 -Rasullullah mengucap salam terlebih dahulu kepada orang lain
 -Rasullullah menghadiri undangan dan jemputan walau pun orang yang mengundang itu orang yang miskin atau orang yang susah

"BARANG SIAPA YANG MERENDAHKAN DIRI ITU NESCAYA ALLAH AKAN MENGANGKAT DARJATNYA"

ADIL

 -Rasullullah selalu bersifat adil kepada manusia dan binatang,contohnya kepada binatang
  rasullullah sendiri pernah membuka pintu bagi seekor kucing yang hendak berlindung
 dari panas terik cahaya matahari.rasullullah melarang membebani binatang atau memukulnya sehingga   cederakannya..
-Rasullullah dalam berlaku adil kepada isteri isterinya sentiasa berlaku adil
dalam pemberian perbelanjaan,iaitu sam penting dengan pembahagian giliran
kepada isteri isterinya,kalau melalui rumah isteri diluar gilirannya,ia tidak mahu masuk
tetapi cukup memberi salam dari luar dan bertanya tentang khabar keselamatannya,dan kalau pergi jauh, ia adakan undi kepada isteri isterinya,siapa yang menang undian,dialah layak menyertai bersama rasullullah, pendek kata akhlak rasullullah merupakan akhlak al quran,ertinya akhlak rasullullah contoh dan teladan yang paling baik untuk kita contohi.
Abu hurairah pernah menyebut kata kata tentang akhlak rasullullah;
 "aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih cantik daripada rasullullah"
ibnu atsir dalam bukunya"an-nihayah"menjelaskan,bahawa rasullullah itu selalu berpegang pada adabperintah-perintah,larangan-larangan dan ketentuan-ketentuan,kesemuanya terkandung didalam alquran
ini dikuatkan sendiri dalam penegasan allah SWT didalam al quran surah al QALAM ayat 4

"ertinya sesungguhnya engkau ya muhammad memiliki budi pekerti yang paling luhur"

Kata kata mutiara

16 mutiara renungan

1) Umat islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu
2) Umat islam mesti banyak membaca bukan melihat orang membaca
3) Umat islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah
4) Umat islam mesti bermaruah bukan bangga dibumi bertuah
5) Umat islam mest imenjaga waktu bukan membazir waktu
6) Umat islam mesti kaya jiwa bukan miskin jiwa
7) Umat islam mesti bekerja keras bukan pemalas
8) Umat islam mesti merenung bukan termenung
9) Umat islam mesti mengkaji bukan berangan tidak henti
10) Umat islam mesti berhati hati bukan membuta tuli
11) Umat islam mesti disegani bukan ditakuti
12) Umat islam mesti bersatu hati bukan hasad dengki
13) Umat islam mesti berpolitik bukan main main politik
14) Umat islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan
15) Umat islam mesti mensyukuri nikmat bukan kufur nikmat
16) Umat islam hanya berpandukan al qurqn,hadis,qias,ijtima',dan ijtihad kelak kita terselamat dunia dan akhirat..

Kata kata yang baik

 * Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya,Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya

 * Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.Tanpa pertemuan,maka tiadalah perpisahan

 * Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
  * Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

  * Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya,Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat

  * Akal itu menteri yang menasihati,Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
  
  * Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari( Saidina Ali)
  
  * Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang(Saidina Ali)

  * Ingatlah,sabar itu iman,duit bukan kawan,dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


  * Lidahmu adalah bentengmu,jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

  * Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

  * Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan

  * kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya


  * Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada


  *kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman