17 September 2012

Contohi Keperibadian Khadijah

  Khadijah isteri paling disayangi Rasullullah sehingga dicemburui isteri lain meski pun beliau sudah wafat,Diriwayatkan Saiditina Aisyah R.A katanya"kecemburuanku kepada isteri isteri Nabi tidak sebesar kecemburuanku kepada khadijah,meski pun aku tidak pernah melihatnya.Adalah Nabi sering menyebut namanya dan setiap kali menyembelih korban,Nabi menyisihkan sebahagian untuk dikirim kepada wanita yang menjadi sahabat kepada khadijah
  Pernah aku berkata kepada Baginda"sepertinya didunia ini tiada lagi wanita selain khadijah"
Baginda bersabda:"Sesunggunhnya dia demikian(banyak kelebihan khadijah),dan daripadanya aku memperolehi anak anak"
  keistimewaan Khadijah terus antara kenangan yang tidak dapat dilupakan Rasullullah,antaranya diriwayatkan daripada Aisyah,beliau berkata:"Rasullullah hanpir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda menyebut kebaikan mengenai Khadijah dan memujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata:Bukankah ia seorang wanita tua yang allah telah mengantikan dengan yang lebih baik untuk engkau?Maka baginda marah sampi berkerut dahinya,kemudian bersabda:Tidak!Demi allah,allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya.Sungguh dia telah beriman pada saat manusia mendustakanku,dan menolongku dengan harta pada saat manusia menjauhkanku,dan dengannya allah mengurniakan anak padaku dan tidak dengan wanita(isteri)yang lain
  Aisyah berkata:"Maka aku  berjanji untuk tidak menjelek-menjeleknya selama lamanya"
ini adalah peribadi contoh yang patut kita aplikasikan dalam kehidupan,seorang isteri yang sentiasa
menjadi ratu di hati suami,sentiasa mendampingi dan menyokong perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah islam keseluruh pelosok dunia,pada saat semua penduduk menentang Rasullullah,beliau menyerahkan seluruh harta,jiwanya untuk membantu suami tercinta.
  Khadijah bukan saja isteri yang berasal daripada golongan bangsawan tetapi sangat dermawan,
memberikan selurh hartanya untuk kepentingan islam sehinggakan ada riwayat menyebut khadijah berkata:"ambillah tulang berulangku,ambillah tulang berulang ku.Aku sudah tidak ada apa lagi ya rasul.Hanya yang ada tulang berulang ini,ambillah ia setelah ku wafat.Jadikan ia jambatan untuk sahabat mu untuk pergi berjihad"
  Mampukah kita menjadi Khadijah pada abad ini,atau sibuk mengumpul harta,membeli belah,berhias
berlebihan,belaja tanpa had.Ayuh kita hentikan serta mula berazam untuk menjadi khadijah abad ini
semestinya tidak sama dengan khadijah tetapi sekurang kurangnya keperibadian  beliau tersemat disanubari setiap wanita penyambung generasi akan datang.
  Khadijah juga isteri yang sangat bijak terutama dalam mengurus masalah emosi Rasulullah.Contoh yang dapat diteladani ialah tatkala baginda pulang dari Gua Hirak yang  tercatat sejarah ini dalam Hadis Bukhari"..Kemudian kembalilah Rasulullah dengan wahyu itu dalam keadaan gementar,hingga beliau masuk kerumah Khadijah berkata:"Selimutkan aku,selimutkan aku!Maka diselimutkan rasullullah hingga hilang daripada Baginda rasa ketakutan,Kemudian berkata Baginda berkata kepada Khadijah dan menceritakan kepadanya perkara berlaku, (akhirnya Baginda berkata:sesungguhnya aku takut(keatas diriku)
  Maka sahut Khadijah:"Tidak sekali kali!Demi allah,tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau suka menghubungkan silaturahim dan engkau seorang yang suka menanggung kepayahan hidup,dan engkau suka mengorbankan tenaga kerana orang yang lemah(tidak berdaya)Malah suka memuliakan tetamu serta menolong atas yang hak daripada cubaan dan bala."
  Kemudian pergilah Khadijah bersama Baginda menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Khadijah......(hadis riwayat al- bukhari,muslim dan lain-lainnya)
Kata -kata khadijah patut kita jadikan panduan berdasarkan peribadi Rasullullah untuk mencapai bahagia dan mengelakan kehinaan dunia
Baginda sentiasa  menjaga silaturahim,membantu orang lain dan itulah rahsia insan agung yang dicintai allah,Jika kita hayati sirah ini,sebagai wanita dapatlah saya simpulkan Khadijah memang selayaknya menjadi sebutan rasullullah...

No comments: