09 April 2011

Amanah Allah yang Berharga





وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ



Maksudnya:;Dan Allah SWT mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(surah al nahal ayat 78)


Bahawa anak anak yang dikurniakan allah SWT kepada kita manusia adalah amanah yang paling agung,sebagai amanah itu ibu bapa bukan sahaja wajib memberi makan,minum dan pakai patut kepada anak anak yang disayangi,malah ibu bapa juga mesti memberi didikan agama dan akademi untuk melahirkan keluarga bahagia kelak.


ini tidak dapat dinafikan lagi,sesungguhnya keluarga bahagia itu bukan terletak kepada gambaran rumah atau mahligai yang besar ataupun kekayaan yang melimpah ruah.akan tetapi bergantung kepada keluarga yang mempunyai sifat hormat menghormati,bertanggung jawab,sopan santun serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa


Menurut pakar pakar ahli jiwa,ibu bapa,sanak saudara dan seisi rumah amat besar pengaruhnya kepada pertumbuhan dan perkembangan akal anak anak kerana lingkugan keluarga itu satu lingkungan yang sewajarnya untuk melaksanakan pendidikan,latihan dan peribadi mereka


anak anak mempunyai zaman kanak kanak yang lebih panjang kalau dibandingkan dengan zaman kanak kanak pada binatang dalam asuhan induknya


pertumbuhan jasmani kanak kanak dipengaruhi oleh keadaan sekitar keluarga dan rumahtangga,misalnya kemiskinan,kekayaan,cukup atau kurangnya faktor faktor kesihatan rumahtangga atau lain lainnya


statistik telah menunjukan bahawa kanak kanak yang menderita penyakit pada tahun tahun pertama dari umurnya lebih banyak terdapat pada keluarga keluarga yang miskin dan kurang sihat daripada keluarga yang mampu dan terpelajar


kanak kanak mempelajari dari keluarga,baik yang didengar atau dilihat.sebab itu dia selalu bertanya itu bertanya ini kepada kedua ibu bapanya,ibu bapa yang bijak tentu dapat memuaskan dahaga anak anaknya dengan memberikan jawapan yang selaras dengan taraf kecergasan otak mereka,kita dapat mengukur kecergasan sesebuah rumah tangga dengan memperhatikan bahasa,gaya bercakap,pengetahuan dan tingkah laku kanak kanak itu

disamping itu kita perhatikan kebiasaan diwaktu makan minum,berpakaian,bergaul,berjalan dan lain lainnya,kelihatan bahawa faktor yang pertama dalam membentukkebiasaan ini ialah keluarga,ini disebabkan kanak kanak itu mudah mencontohi apa yang dibuat oleh seisi keluarganya


kanak kanak itu sendiri belajar tentang benci dan cinta daripada keluarga,begitu juga daripada perhubungan anggota keluarga diantara satu sama lain dengan yang lain.iaitu perhubungan yang berdasarkan kepada hormat menghormati,kasih mesra,bosan dan benci


ibu bapa mesti mengambarkan teladan yang baik setiap masa kepada anak anak.jangan selalu menunjukan muka yang bengis dan memarahi dengan tak tentu pasal di hadapan anak anak,walaupun sengketa rumahtangga berlaku pada masa itu


ibu bapa juga hendaklah berlaku sopan dan tertib,baik semasa makan,berjalan,gaya bercakap dan lain lainnya,jika hal ini selalu di contohi oleh setiap ibu bapa..saya percaya anak anak juga turut berbuat demikian.


sebaliknya jika kedua dua ibu bapa tidak memberikan contoh kepada anak anaknya dengan tingkah laku dan amalan yang baik sudah tentu anak anak tidak dapat berbuat sebagaimana yang diharapkan,contohnya siayah menyuruh anak anaknya supaya sembahyang,sedangkan siayah tidak pernah pun melakukan sembahyang,ataupun ayahnya mencegah anaknya supaya jangan menghisap rokok,sedangkan ayahnya terus merokok


menurut ilmu masyarakat pula ada menjelaskan,keluargalah lingkungan yang lebih baik untuk mendidik anak anak dan membentuknya,istimewa pada tahun pertama dari usianya


satu hal yang patut disedari besama dikalangan ibu bapa ialah bila memberi pelajaran dan didikan kepada anak anak hendaklah mengetahui sebanyak sedikit unsur unsur ilmu jiwa kalau pun secara keseluruhan,memadailah dengar sekadar yang termampu untuk mengasuh anak anak mereka


dari kejahilan ibu bapa untuk mendidik inilah mengakibatkan sesuatu yang tidak baik untuk anak anak,misalnya ibu bapa bersikap kasar,memukul sehingga boleh mencederakan kanak kanak yang tidak berdosa yang akhirnya kanak kanak ini menjadi mangsa


selain daripada itu ibu memainkan peranan yang amat penting untuk kebahagian anak anak,kerana anak anak sangat memerlukan pemeliharaan langsung daripada ibunya,dan tidak semua ibu dapat memberikan pemeliharaan yang sepenuh penuhnya disebabkan ibu bertugas diluar rumah atau pun ibu menderita sakit terlantar dihospital dan sebagainya


satu faktor lagi yang lebih penting ialah suasana rumahtangga yang tidak tenang,misalnya sibapa kurang menghargai ibu,kurang setia atau sering bergaduh diantara suami isteri,gejala gejala yang serupa ini akan lebih buruk lagi kepada anak jika kekusutan fikiran anak anak tidak dapat diatasi


sesuatu masalah yang dihadapi oleh anak anak tidak ada tempat mengadu,macam mana masalah anak anak itu boleh selesai sedangkan ibu bapa bergaduh sesama sendiri


sesungguhnya sesuatu keluarga harmoni dan bahagia itu adalah berpunca dari keterangan seisi keluarga serta faham akan rasa tanggungjawab dan bertimbang rasa diantara satu sama lain,sama ada rumahtangga itu besar atau kecil


ketelitian sikap hidup,sama ada cara makan,cara bercakap,tata tertib untuk dicontohi anak anak adalah pasti dilakukan dengan akhlak akhlak yang paling baik oleh kedua ibu bapa.jika tidak anak anak akan turut terasing dan menyebabkan mereka hilang pedoman dan mungkin lebih galak menjadi liar.

walau apapun yang diperkatakan orang tentang rosaknya  moral anak anak atau sejahat mana sekali pun adalah berpangkal kelalaian  ibu bapa untuk mendidik anak anak mereka ke jalan sebenar benarnya.dan tidak dinafikan juga ada pengaruh pengaruh luar yang boleh menjejaskan kesucian hati anak anak itu sendiri

No comments: