09 April 2011

25 pesanan Luqman Al Hakim untuk mendapatkan anak yang soleh

 Semua orang bercita cita agar anak anak yang dididik akan menjadi anak yang soleh,baik,cerdik dan beradab.lantaran itu untuk menghasilkan hasrat ini,maka ada eloknya kita renungkan 25 pesanan yang telah ditinggalkan oleh seorang tokoh terkenal iaitu luqman Al Hakim didalam tafsir Rahul Ma'ani dan kitab Hidayatul Mursyidin yang telah berpesan pada anaknya seperti dibawah:-


* WAHAI ANAK KU:ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang banyak,banyak manusia yang karam didalamnya,bila engkau ingin selamat agar jangan karam,maka layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA,isinya ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKAL kepada allah

* WAHAI ANAK KU:Sesungguhnya orang orang  yang setiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan dapat penjagaan dari allah.orang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah SWT.

 *WAHAI ANAK KU:orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri didalam beribadat dan taat kepada allah maka dia selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadanya

*WAHAI ANAK KU:seandainya orang tua mu marah kepada mu(kerana kesalahan mu)maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman

*WAHAI ANAK KU:jauhilah dirimu daripada berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam

*WAHAI ANAK KU:selalulah berharap kepada allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai allah,takutlah  kepada allah dengan sebenar benar takut,tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat allah

*WAHAI ANAK KU:seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang,dan seorang telah rosak akhlaknya akan sentiasa mengingatkan hal yang tidak benar,ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi faham kepada orang yang tidak mahu mengerti

*WAHAI ANAK KU:engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dari besi berat,tetapi ada yang lebih berat lagi daripada itu semua,iaitu bila mana engkau mempunyai tetangga yang jahat

*WAHAI ANAK KU:janganlah sesekali engkau mengirimkan seorang yang bodoh menjadi utusan,maka apabila tidak ada seorang yang cerdas dan bijak,sebaik baiknya dimu sendiri yang layak menjadi utusan

*WAHAI ANAK KU:jauhilah sifat dusta,sebab berdusta itu mudah sekali melaksanakan,bagaikan memakan daging burung,pada hal sedikit sahaja berdusta akan mendatangkan akibat yang buruk.

*WAHAI ANAK KU:bila engkau menghadapi dua alternatif,menziarahi orang mati atau menghadiri satu majlis perkahwinan,maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati,sebab menziarahi orang mati akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat,sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanya mengingatkan diri kamu  kepada kesenangan dunia

*WAHAI ANAK KU:Janganlah engkau makan sampi kenyang yang berlebihan,kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu lebih baik makanan itu diberikan kepada binatang yang sangat lapar yang memerlukan makanan

*WAHAI ANAK KU:janganlah engkau menelan terus apa sahaja makanan yang engkau makan,atau pun terus memuntahkan makanan yang pahit,kerana manis itu belum tentu boleh menyenangkan kita,dan yang pahit itu boleh menyusahkan kita

*WAHAI ANAK KU:makanlah bersama sama dengan orang orang takwa dan bermesyuaratlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara memohon nasihat kepadanya

*WAHAI ANAK KU:bukanlah satu kebaikan namanya bil mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya,hal itu tidak ubah seperti seorang mencari kayu bakar,setelah terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya pada hal ia selalu menambahknnya

*WAHAI ANAK KU:bila mana engkau ingin menemukan kawan sejati,maka ujilah terlebih dulu dengan pura pura menyebabkan dia marah,bila mana dia dalam keadaan kemarahannya itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu,maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan,bila tidak demikian maka berhati hatilah engkau terhadapnya

*WAHAI ANAK KU:selalulah engkau mengeluarkan kata kata yang baik,wajah yang manis kepada sesiapa saja yang engkau temui kerana engkau akan disukai semua orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang sangat berharga

*WAHAI ANAK KU:bila engkau berteman,tempatkan dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya,namun demikian biarlah dia yang mengharap sesuatu dari mu.

*WAHAI ANAK KU:jadikanlah diri mu dalam segala kelakuanmu itu sebagai seorang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain,kerana motivasi riya'itu menimbulkan cela

*WAHAI ANAK KU:usahakanlah agar mulut mu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri,usahakanlah agar bicara mu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain

*WAHAI ANAK KU:janganlah engkau condong kepada urusan dunia semata mata,kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia sahaja,sesungguhnya tidak ade makhlik yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia

*WAHAI ANAK KU:jangan lah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang mengelikan,engkau berjalan tanpa tujuan tertentu kerana tertawa yang lebih itu akan menutupkan pintu hati

*WAHAI ANAK KU:barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi,siapa pendiam akan selamat dari pada berkata yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari kata kata kotor tentulah akan menyesal kemudiannya

*WAHAI ANAK KU:bergaullah dengan orang orang alim dan berilmu,perhatikanlah setiap kata nasihatnya,kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah subur tersiram air hujan

*WAHAI ANAK KU:ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan belanjakanlah selebih untuk bekal akhirat mu,oleh itu janganlah engkau membuang langsung habuan dunia ini,kelak engkau akan menjadi pengemis yang boleh membebankan orang lain..

                               SIRI CONTOH PERIBADI LUQMAN AL HAKIM


Menurut Ibnu Abbas R.A menjelaskan bahawa Luqman Al Hakim ialah seorang hamba sahaya dari keturunan bangsa Habashah.ia dianggap sebagai ahli hikmat yang mempunyai nilai budi yang tinggi serta berkebolehan sangat pakar sebagai tukang kayu

kata Ibnu Ishak:Luqman itu anak Baura' anak Nahur,anak Tarah iaitu Aazar ayahanda Nabi Allah Ibrahim A.S atau bapa saudaranya,setengah riwayat pula menjelaskan:Luqman Al Hakim itu hidup di dalam seribu tahun,Nabi Allah Daud A.S pernah berguru dengannya
Rasullullah SAW pernah bersabda:maksudnya;jadikan oleh mu orang yang berkulit hitam sebagai teman dan sahabat oleh sebab ada tiga orang daripadannya dianggap menjadi penghulu ahli syurga.iaitu Luqman Al Hakim,
Al Najjashi dan bilal mua'zin(tukang azan Rasullullah SAW)

diriwayatkan oleh Umar Bis Qais R.A telah berkata:seorang lelaki telah datang menemui luqman al hakim dan bertanyakan sesuatu kepada lukman,apakah yang menyebabkan engkau dikatogerikan                                                    
sebagai ahli hikmat dan ahli ilmu?jawab luman al hakim: ada 4 perkara yang memungkinkan manusia itu boleh mencapai satu tingkat ahli hikmat:iaitu pertama,bertakwa kepada Allah SWT,kedua berkata benar,ketiga menunaikan segala amanah,keempat:meninggalkan segala perkara yang tidak menguntungkan sama sekali

                                                PERIBADI LUQMAN AL HAKIM

Luqman Al Hakim merupakan seorang yang berilmu,banyak di beri hikmat,dan mempunyai peribadi yang amat tinggi,beliau jug adalah seorang yang sering bertafa'kur pendiam dan tidak banyak cakap tutur katanya elok dan tegas,pemaaf dan penyabar.tidak suka menyalahkan orang lain,elok sangka.
ia kasihkan akan allah sehingga allah pun kasih padanya

sehubungan dengan ini juga pandangannya luas,keputusan yang dibuat tegas dan menyenangkan hati orang lain,tajam pemikirannya,cermat dalam satu satu tugas yang dibuat,tidak pernah tidur siang hari,tidak pernah melihat buang air kecil atau berludah dan berkahak,Allah SWT telah memberi dugaan kepadannya dengan kematian beberapa orang anaknya,tetapi dia tidak berdukacita malah diterima dugaan itu dengan penuh ketenangan dan sabar.

kesimpulan Luqman Al Hakim telah diberi hikmat dan akal,faham atau berilmu serta beliau sentiasa beramal dengan ilmunya,tegasnya ilmu sentiasa bertambah.

dalam sebuah cerita yang diriwayatkan oleh Khalid Al Ribai R.A menceritakan:Luqman Al Hakim adalah seorang hamba Habashah berkepakaran sebagai tukang kayu,pada satu hari tuannya memberikan seekor kambing sambil berkata:'wahai Luqman,sembelihlah kambing ini dan berikanlah aku dua kerat daging yang paling baik sekali,setelah selesai kambing itu di sembelih maka diberikan Luqman Al Hakim kepada tuannya dua kerat daging yang paling baik iaitu LIDAH dan HATI

kemudian selepas itu diberikan pula seekor kambing yang lain sambil berkata'sembelihlah kambing ini dan berikanlah aku dua kerat daging yang paling busuk sekali'sebaik  selesai kambing itudisembelih maka Luqman Al Hakim memberikan lagi dua kerat daging yang paling busuk iaitu LIDAH dan HATI juga

lantas itu tuannya berasa hairan dan bertanya lagi:wahai Luqman,aku suruh engkau memberi dua kerat daging yang paling baik,maka engkau berikan aku LIDAH dan HATI,kemudian apabila aku suruh engkau membawa daging yang paling busuk,engkau berikan aku juga LIDAH dan HATI kenapa begitu?lantas Luqman menjawab:wahai tuan,sebenar dan sesungguhnya tidak ada daging yang lebih baik daripada daging LIDAH dan HATI, apabila baik keduanya,dan tidak ada daging yang lebih busuk daripada daging LIDAH dan HATI apabila busuk keduanya..

dalam hal ini juga Luqman Al Hakim pernah berpesan beberapa wasiat untuk dijadikan perbandingan kita bersama,moga moga ada manfaat dalam kita menghadapi dunia yang mencabar ini,antara pesanannya ialah

* Wahai anakku tidak ada akal bagi orang yang tidak ada peliharaannya

* Tidak ada malu yang tidak ada benarnya

* Tidak ada amanah bagi orang yang tidak ada rahsianya

* Tidak ada ilmu bagi orang yang tidak ada kegemarannya

* Tidak ada harta yang tidak ada belas kasihannya

* Tidak ada kehinaan yang lebih hina dari tamak

* Tidak ada keaifan yang lebih buruk dari kikir 

* Tidak ada duka cita yang lebih mendukacita bagi tuannya daripada dengki 

* Tidak ada cubaan yang lebih sombong dari tuannya dari sombong

* Tidak ada ibadat yang lebih afdal daripada diam

* Tidak ada kejahatan yang lebih dasyat yang lebih jahat dari dusta 

* Tidak ada sesuatu yang lebih manfaat daripada sedekah

* Tidak ada bangkai yang lebih busuk daripada yang haram

* Tidak ada kemuliaan yang lebih Tinggi daripada Takwa

* Tidak ada kawan yang lebih elok daripada akal

* Tidak ada simpanan yang lebih bermanfaat daripada ilmu

* Tidak ada yang lebih beruntung daripada hikmat

* Tidak ada kadar yang lebih tinggi daripada adab

* Tidak ada barang yang ghaib lebih hampir daripada maut.

Begitulah sedikit contoh perbandingan yang telah di tunjukkan oleh Luqman Al Hakim sebagai satu kiasan dan siri teladan yang mendalam walaupun pendek tetapi padat dan jelas,walaupun kiasan tetapi berkesan dan bermakna...

No comments: