06 April 2011

8 kelebihan orang yang berbakti kepada orang tua

Prof.Dr.T.M Hasbi Ash Shiddieqy menjelaskan dalam "Al Islam" sesungguhnya orang yang sentiasa dapat membuat bakti terhadap kedua ibu bapanya akan diberi ganjaran pahala sejumlah 8 kelebihannya:-

* Memuliakan ibu bapa adalah satu amalan yang amat dikasihi allah SWT menyamai pahala jihad di jalan allah
* Memuliakan ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah
* Memuliakan ibu bapa menghasilkan kenikmatan syurga
* Memuliakan menambahkan umur(umur yang berkat) dan lebih memberkatkan lagi rezeki atau harta
* Memuliakan ibu bapa memberikan kecerdikan kepada anak anak dan menyebabkan mereka berbakti kepada kita
* Memuliakan ibu bapa menjadikan jaminan bagi kita masuk ke syurga
* Memuliakan ibu bapa menghilangkan hati yang resah dan dukacita
* Memuliakan ibu bapa akan mendapat keredhaan allah

9 Bencana untuk anak derhaka

Prof.Dr.T.M Hasbi Ash Shiddieqy menjelaskan lagi bahawa anak yang durhaka kepada kedua ibu bapa akan menerima 9 bencana

* Mendurhakai ibu bapa dihukum sebagai maksiat besar,dan merupakan dosa besar
* Mendurhakai ibu bapa menyebabkan terhindar daripada nikmat syurga
* Mendurhakai ibu bapa dipandang sebagai penentang allah dan penentang rasulnya
* Mendurhakai ibu bapa ditolak segala amalnya oleh allah

                                                              (gambar hiasan)   

   Syurga itu dibawah telapak kaki ibu(Riwayat Imam Ahmad)
   keredhaan allah(terhenti)pada keredhaan dua ibu bapa dan kemurkaan
   allah (terhenti)pada kemurkaan ibu bapa

* Mendurhakai ibu bapa akan menerima atau menanggung balasan yang buruk didunia sebelum merasai seksaan diakhirat nanti
* Mendurhakai ibu bapa akan menerima kutukan allah,kutukan rasulnya,kutukan para malaikat dan menerima kutukan dari semua manusia
* Mendurhakai ibu bapa diakhirat nanti akan diubah rupa manusia kepada keldai
* Mendurhakai ibu bapa akan diberi balasan hina didunia dan azab yang sangat pedih diakhirat,serta doa yang dipohon oleh anak durhaka tidak dimakbulkan oleh allah SWT
* Mendurhakai ibu bapa akan menerima keburukan disaat akhir hayatnya yang dinamakan matinya dalam keadaan SU'UL KHATIMAH(mati yang buruk)

10 Ciri adab anak kepada kedua ibu bapa

* Mendengar dan menurut segala perintah kedua ibu bapa,menurut segala perintah keduanya adalah wajib,dan segala yang ditegahnya wajib dijauhi

* Hendaklah ia berdiri ketika ibu bapanya berdiri,kerana dengan mentakzimkan keduanya

* Jangan berjalan dihadapan kedua ibu bapa

* Rendahkan suara apabila bercakap dihadapan kedua ibu bapa

* Apabila ibu bapa memanggil anaknya maka hendaklah dijawab " ya saya datang pada mu atau ya saya,atau ya ibu atau ya ayah"

* Periharalah segala perbuatan yang menyakiti hati ibu bapa

* Jangan memandang kedua ibu bapa dengan pandangan yang tajam,atau menunjukan muka yang sedang marah

* Jangan mengungkit ungkit segala bantuan yang telah kita berikan kepada kedua ibu bapa

* Jangan bermasam muka dihadapan kedua ibu bapa

* Dapatkan kebenaran kedua ibu bapa apabila hendak kemana mana

"Semua dosa dosa ditangguh oleh allah(seksanya)mana mana yang dikehendaki sehingga hari kiamat melainkan(dosa)durhaka kepada kedua ibu bapa,maka sesungguhnya allah segerakan seksa dan azab keatas kelakuannya semasa hidupnya sebelum mati(riwayat bukhari & tabrani)"
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. Al-Isra [17] : 23)

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Anonymous said...

terima kasih^^

Unknown said...

sharing yg sangat bagus ❤🤩

HudaNasuha said...

Allahu.

Unknown said...

Alhamdulillah...terima kasih atas sharing ini❤👍👍