1) Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)
2) Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum
tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa
lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)
3) Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh
itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas
luhur.(Maksud Hadis)
4) Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim
kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)
5) Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah,
berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)
6) Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)
7) Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara
difikirkannyadahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)
8) Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak
silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih
layak baginya.(Maksud Hadis)
9) Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan
beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau
aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan
saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud
Hadis)
10) Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan
dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan
nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan
wahyu.(Maksud Hadis)
11) Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan ,
tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah
itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan
kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya.(Maksud
Hadis)
12) Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka
hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat
tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali
bersembahyang lagi.(Maksud Hadis)
13) Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia
terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara
langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.(Maksud Hadis)
14) Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:Nabi s.a.w telah bersabda
kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah
orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi
orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di
antara satu sama lain di kalangan kamu.
15) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan
memerangi mereka adalah kafir.
16) Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Dahulu, setiap
kali Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang Subuh, baginda
mengarahkan wajahnya kepada para Sahabat seraya bertanya: Apakah semalam
ada salah seorang di antara kamu yang bermimpi?
17) Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan
takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak
kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara
anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"
18) Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada
di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu
dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga
seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada
di dalam keimanan.
19) Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang
mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur,
melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah
sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim..
20) Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata:
Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan
barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya.
21) Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi
salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat
Al-Baihaqi & Al-Khatib )
22) Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari
zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila
hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."
23) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya; Sesungguhnya
Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak
lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku
tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya
beliau tidak akan disayangi.
24) Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa;Daku telah mendengar bahawa
Rasulullah bersabda:"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak
memecahkan perisai tersebut"
.
.
25) "Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu,
kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" (Riwayat
Ibnu Majjah)
26) "Daripada Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) sudah memberikan
kebun
baginda kepada penduduk Khaibar untuk diusahakan dengan syarat mereka (Penduduk Kaibar) akan memberikan sebahagian daripada buah-buahan atau hasil tanaman yang diusahakan". (Riwayat Muslim)
baginda kepada penduduk Khaibar untuk diusahakan dengan syarat mereka (Penduduk Kaibar) akan memberikan sebahagian daripada buah-buahan atau hasil tanaman yang diusahakan". (Riwayat Muslim)
27) Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin,
sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak
ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh
kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya.
Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu
kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
28) Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan
untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat
Al-Bukhari)
29) "Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian.
Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan
diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah.
Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar
dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah)
30) "Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
31) Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala
berfirman: "Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan
kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginay suatu
kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat
amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila
ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi
dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia
tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu
kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni
Hibban dari Abu Hurairah)
32) Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku
telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh
kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan
ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari
Anas)
33) Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman:
"Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih
daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya,
karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas
mereka". (Hadis Riwayat Al Qudha'ie dari Abi Said)
34) Ali ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku
sangan murka tas orang yang melakukan kedhaliman (aniaya) terhadap
seorang yang tidak ada pembelanya selain Aku". (Hadis Riwayat
Athathabarani didalam kita "Alkabar" dan Al Qudha'ie dan Ali)
35) Abu Qaqid Allaitsy ra.a. berkata; Nabi saw bersabda: Allah ta'ala
berfirman: "Sesungguhnya aku turunkan harta untuk menegakkan shalat dan
mengeluarkan zakat. Dan andaikan seoran ganak Adam telah memiliki sebuah
lembah, ia masih ingin memiliki du alembah, dan bila ia telah memiliki
dua, ia ingin mendapat ketika, dan tidak ada yang dapat memenuhi perut
anak Adam kecuali tanah Dan Allah akan mengampuni orang yang tobat"
(Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarani)
36) Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri
karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku,
tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya
berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang
musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia
bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan
memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan
dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana
"firdaus" diantara barisan surga". (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu
Abbas)
37) Abu Dardaa' ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya seorang hamba yang Aku beri sehat badannya. Dan luas
rezekinya kemudia hingga empat tahun tidak datang berkunjung kepadaKU
(yakni berhaji), sesungguhnya orang itu sangat rugi". (Hadis Riwayat
Atthabarani dan Abu Ya'ala)
.
.
38) Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa
mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki
benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku. (Hadis Riwayat As-Syirazi dalam
kitab Al-Alqab dari Ali)
39) Umarah bin Daskarah berkata; Nabi saw bersabda: Allah berfirman:
"Sesungguhnya hamba-Ku yang sejati, ialah yang selalu ingat kepada-Ku,
di saat ia menghadapi musuh setaranya". (Yakni di medan jihad). (Hadis
Riwayat Attirmidzi)
.
.
40) Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman:
"Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan
pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka
patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa
ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya
dengan kebencian". (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi
Hind-Arrazi).
41) Dari Ibnu Umar r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima
sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu,
menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)?(Hadis Riwayat Muslim)
42) Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Aku
dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah
kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya
kembali ke tempatku semula.?(Hadis Riwayat Muslim)
43) Dari Abu Hurairah r.a, katanya:Rasulullah s.a.w melihat kahak di
kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu
bersabda:Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat
menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika
kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu?
Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke
bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.?(Hadis
Riwayat Muslim)
44) Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang
mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia
telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar
satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan
Asar seutuhnya.?(Hadis Riwayat Muslim)
45) Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:Satu jenazah berlalu di hadapan
Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut
baginda. Kemudian kami berkata:Ya rasulullah! Itu jenazah orang
Yahudi.?Sabda baginda:Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu
melihat jenazah (lalu) berdirilah.?(Hadis Riwayat Muslim)
46) Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang
meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan
petang maka pahalanya sungguh sangat besar.?(Hadis Riwayat Muslim)
47) Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda:Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya
dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu
seolah-olah berpuasa sepanjang masa.?(Hadis Riwayat Muslim)
48) Dari Abu Said
al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap orang yang
puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka
sejauh 70 000 musim.?(Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment