28 September 2012

Sejarah Kesang Tasek dan Riwayat hidup Panglima Laji

                      Sejarah Kesang Tasek

Adalah sebuah kampung di tepi Sungai Kesang kira-kira 7 batu mudik dari kuala Sungai tersebut.Menurut ceritanya,kampung ini telah dibuka oleh seorang benama LAHIR@MO’EN BIN JANNUNG(Ibrahim)BIN KUTAK BIN JEMULING BIN OPU PAJUNG DAENG TELANA BIN OPU LA MADDUSILA (Lamadu Sellah) (nama islam beliau).
Beliau datang bersama-sama dua orang saudaranya iaitu abangnya bernama Tahir dan adiknya bernama Bahir dan ada yang mengatakan beliau datang bersama 5 orang adik beradik beliau yang lain iaitu Panglima Rosul,Tahir(Tok Senin),Tok Kepau dan Bahir.Dan juga ada yang mengatakan beliau asalnya seorang Panglima(Tok Kesang).Cerita beliau semasa muda tidak dapat di ketahui,Tok Kesang datang ke Tanah Melayu pun dengan umur hampir 100 tahun,Mereka berhijrah dari Daerah Kendal,Tanah Jawa pada akhir kurun yang ke - 18 Masehi.Perahu yang mereka naiki mulanya sampai ke Pulau Besar. Setelah berhenti beberapa ketika mereka pun naik ke Pantai Serkam.Tahir telah tinggal menetap di Serkam dan Merlimau.Khabarnya ia menjadi Pawang Besar di sana. 

Lahir dan Bahir telah meninggalkan Serkam mengikuti Pantai Melaka dengan perahunya yang asal lalu mudik ke Sungai Kesang dimana akhirnya berjumpa dengan satu kawasan hutan di tepi sebelah kanan Sungai Kesang.Di sebelah kiri Sungai Kesang ada sebuah tasik kecil dan sebuah kampung bernama Tasik di dalam jajahan Negeri Melaka. Berhadapan dengan tasik tersebut Lahir telah mendirikan tempat kediaman / kampung yang diberi nama Kesang Tasik

Lahir atau Tok Kesang menetap di Kesang Tasek dan menjadi ketua.Dalam masa yang singkat tempat,tersebut telah menjadi besar dan ramai penduduknya dimana hampir 200 kelamin telah berhijrah ke situ terutamanya datang dari Negeri Melaka. Kawasan hutan rimba tersebut telah bertukar menjadi kawasan bercucuk tanam terutamanya padi, pinang dan kelapa. Hasil-hasil dari kawasan ini semuanya dibawa ke Bandar Melaka untuk dijual. 

Tok Kesang menjadi ketua di kampung Kesang Tasik ini tidak begitu lama.Beliau telah meninggal dunia dan dipusarakan di tanah perkuburan lama di tepi Sungai Kesang di suatu tempat bernama Tanjung Bangsal.Tok Kesang meninggalkan 3 orang anak.Yang tuanya lelaki bernama Laji dan yang ke duanya perempuan bernama Perak dan yang Ketiganya lelaki yang bernama
Lajis.Laji telah dipilih oleh orang ramai menjadi ketua mengantikan ayahandanya.
                                 
                   Panglima Laji

Tok Laji adalah (Berketurunan Bugis)Anak kepada pembuka kawasan Kesang bernama Lahir@Mo’en atau dikenali sebagai Tok Kesang,Beliau dilantik menjadi PenGhulu,Pawang Diraja,Imam Besar dan wakil Sultan Di jajahan Kesang Semasa Johor Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1790-an dan Sultan Husain pada 1820-an seta orang kanan Temenggong Muar pada zaman Engku Buruk,Dato’Kamil (Sonet atau Konik) dan Engku Said.

Beliau dididik dengan keagamaan,ilmu persilatan oleh bapanya sendiri iaitu Lahir@Mo'en.Pengaruh dan Kebijaksanaan Beliau bukan sahaja dapat mewujudkan zon perniagaaan diantara Muar,Melaka,Kelang dan Kuala Selangor yang menjadikan kawasan ini bertambah luas,aman dan makmur bahkan diberi kepercayaan sebagai orang tengah di dalam peristiwa isu pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor Pada Tahun 1835.

Pada usia yang muda Beliau digelar Panglima kerana kepintaran,keistimewaan,keberanian dan kehandalannya dalam menghadapi suatu cabaran.Dikatakan salah satu kehebatannya dapat mematikan dan menahan pergerakan angin menyebabkan kapal-kapal dan perahu dagang penjajah tidak bergerak dan memudahkan beliau menyerang serta merampas barang dagangan.Kemudian hasil dari rampasan dibawa ke Pantai Layang dan Pulau Penarik di Sungai Muar sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan.Beliau merupakan Pejuang Melayu yang turut berperang menentang Belanda bagi membantu bapa saudaranya Raja Haji sehingga dapat meletupkan kapal perang Malakka’s Welvaran yang menyebabkan Ketua Pemerintahan tenteranya Arnolds Lemker terkorban dan dapat meletupkan kapal Dolphin yang membawa mayat Raja Haji.

Pada tahun 1785 Beliau membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah,Sultan Selangor ke II bersama orang Pahang yang di kirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang dan merampas kembali Kota Kuala Selango dari Belanda,Isteri Laji bernama Raja Limah anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud (termasyhur dengan nama Raja Mahmud (kapak Cina),berkaum dengan Raja Ahmad  yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang.Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat Negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.


Dengan kehandalan yang istimewa itu maka tidak hairanlah Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud.Laji juga dipandang tinggi oleh Kerabat DiRaja Bugis.Daerah Kesang (di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan  dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai  pada waktu itu masih lagi didalam pemerintahan Sultan Ali  setelah baginda menyerahkan Negeri Johor  kepada Temenggong Daeng Ibrahim  dalam tahin 1855 m. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.

Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing.Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan dan menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir.Ini amat menyedihkan.Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa.Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang.Pada setiap tahun waktu menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu-penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda.Laji bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiram tubuh Sultan Ali.Setiap penghulu dikehendaki menyiram10 timba air ketubuh Sultan Ali.Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengigil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut.Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar,Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik

Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang
Tasik dan semua
kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik,yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka).Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa,pisang,pinang dan lain-lain.
Setelah tiga tahun dia menetap di Gelugur(Kesang Tasek)beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan illahi.Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur.Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.




        inilah gambar makam Tok Laji







Cerita ini diperolehi daripada Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Johor dan cerita dari orang tua terdahulu.


       Buku Keturunan Tok Kesang akan diterbitkan dalam masa terdekat..insyaallah
saya akan buat pengumuman..

27 September 2012

40 pujian dan anugerah allah kepada hambanya yang solehah dan soleh

Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitab “  Minhaj Al-Abidin” kelebihan tersebut ialah:
  1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah.
  2. Diagongkan dan dimuliakan oleh Allah.
  3. Dicintai oleh Allah semasa hidup di dunia.
  4. Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam semua urusan.semua urusan Allah mengatur untuknya.
  5. Segala rezekinya ditanggung oleh Allah.
  6. Mendapat pertolongan Allah setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.
  7. Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah.
  8. Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah.
  9. Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah.
  10. Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya.
  11. Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah.
  12. Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.
  13. Dihormati dan disegani orang lain.
  14. Dicintai orang lain- semua orang mengagung dan mencintainya serta memuliakannya.
  15. Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.
  16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
  17. Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.
  18. Memiliki kunci-kunci bumi.
  19. Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.
  20. Allah sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.
  21. Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.
  22. Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah.
  23. Allah sentiasa  melimpahkan kebahgiaan dan keredhaan kepadanya.
  24. Kekal di dalam Syurga Allah dan dekat kepada Allah.
  25. Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.
  26. Allah melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak  diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.
  27. Rohnya mengadap Allah dengan tenang,rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah dan jasadnya mudah dikebumikan.
  28. Kuburnya luas dan diterangi cahaya.
  29. Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah di Padang Mahsyar.
  30. Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.
  31. Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.
  32. Menerima Catitan Amalan dengan tangan kanan.
  33. Hisabnya diringankan.
  34. Timbangan kebaikkan diberatkan.
  35. Dapat mengadap Rasulullah ditelaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.
  36. Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.
  37. Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah.
  38. Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah.
  39. Mendapat Keredhaan Allah yang paling agung.
  40. Dapat Mengadap Allah Azzawajal.

19 hadis tentang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

20 Keistimewaan wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

7 gangguan syaitan ketika sakaratul maut


Hiasan
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”