03 January 2012

Si miskin dan Kaya tak kecuali ujian Allah

Firman allah SWT: boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia sangat baik bagimu;allah mengetahui;sedangkan kamu tidak mengetahui (al baqarah 216)
Sesungguhnya,menjadi tabiat manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada pada diri sendiri dan
rasakan dalam hidup sentiasa mempunyai kekurangan
 Malah,apabila ditimpa kegagalan atau mendapat musibah secara tidak sedar,hati kita cepat mengeluh mengenai perkara yang menimpa kerana berasakan kita antara insan paling malang didunia
 Namun,ketahuilah,sesungguhnya setiap perkara yang menimpa kita sebenarnya adalah takdir yang ditentukan allah SWT berdasarkan kemampuan seseorang
 Walaupun setengah manusia diberikan allah SWT pelbagai nikmat dunia,sebagai manusia beriman kepada Allah SWT,kita perlu sedar bahawa kesenangan itu bukan juga bermakna Allah SWT tidak menguji seseorang itu
 Dalam kehidupan manusia,Allah SWT menguji hambanya menerusi dua cara berbeza iaitu pertama keburukan,kesusahan atau musibah,dan cara kedua pula menerusi kebaikan atau kesenangan dunia
 Namun,menjadi lumrah hidup manusia,apabila kita melihat orang lain senang,kiat beranggapan nasib kita sungguh malang.
 Antara contoh paling mudah,kita melihat paras rupa ukuran,terutama apabila melihat diri tidak secantik orang lain serta menganggap sebagai kelemahan yang ada pada diri dan mengeluh mengenainya
  Malah,apabila kita melihat hidup orang lain penuh kemewahan dengat pangkat atau pelbagai harta dunia,kita sering tertanya mengapa pula kita tidak lahirkan dalam kehidupan mewah serta berjaya atau paling tidak,menjadi semewah mereka,
 Kita perlu sedar,antara allah menguji hambanya adalah nikmat dunia,ini kerana dengan nikmat yang kita dapat didunia,tidak mustahil kita terjerumus kedalam perkara yang tidak baik.
 Antara buktinya,dengan rupa paras elok,kita mungkin terjerumus dengan maksiat,zina,dan dengan pangkat serta harta kekayaan pula kita mungkin bersifat bongkak selain berboros belanja
 Peringatan allah mengenai perihal manusia yang diberikan nikmat allah ada dinyatakan dalam surah ibrahim,ayat 7 yang bermaksud:'dan ingatlah,tatkala tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat ku kepada mu dan demi sesungguhnya kamu kufur dan ingkar,sesungguhnya azab ku amatlah keras"
 Jelaslah bahawa allah sangat tidak menyukai hambanya yang dilimpahkan dengan kenikmatan namun tidak bersyukur,sebaliknya menyalah gunakan nikmat berkenaan,apatah lagi dengan kenikmatan itu,sewenang-sewenangnya membuat bencana,kemungkaran dan maksiat,
  Lantaran itu ingat,kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa diberikan allah kepada hambanya.
 namun,bersyukur itu tidak bermakna kita membiarkan diri terus melarat dalam kepompong kedaifan,sebaliknya kita usaha supaya paling tidak sekali pun,kita mampu menyediakan keperluan mencukupi untuk isteri dan anak.
 Jangan pula kerana terlalu ingin menunjukkan kita reda dengan ketentuan allah,kita biarkan hidup melarat hinggakan untuk menyediakan keperluan makanan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
 Sesungguhnya itu pula adalah sikap pemalas yang tidak disukai allah,sedangkan mempunyai kudrat mencukupi untuk mengubah nasibnya
 Oleh itu,kita nilai keadaan diri dimana tahap kita ada,tidak salah mempunyai kekayaan dan pangkat asalkan tahu bersyukur dan melaksanakan kewajipan yang dinyatakan secara jelas didalam islam